Thursday, September 10, 2015

HARI GURU 2015



JAMUAN HARI RAYA 2015

ASSALAMUALAIKUM
Pada 13 Ogos 2014 telah diadakan jamuan hari raya untuk ibu bapa dan pelajar Pendidikan Khas. Guru-guru aliran perdana turut meraikan jamuan tersebut. Tidak dilupa kepada Pengetua, GPK1, GPK HEM, GPK KOKO, Guru Bidang serta staf pejabat, pembantu makmal, juruteknik dan pekerja swasta. Majlis juga diserikan dengan kehadiran pelajar Pendidikan Khas dari SK Setia Jaya. Alhamdulillah Syukur dengan nikmat pemberian dari Allah majlis berlangsung hingga jam 2pm.



































REWANG SEBELUM JAMUAN HARI RAYA

ASSALMUALAIKUM
Lama rasanya tidak update blog ini. Guru pun sudah bertukar ganti. Pada penghujung syawal yang lepas kami telah membuat jamuan hari raya pada 30 syawal. Rewang ini utk membuat kek coklat, bledor dan bergedil dibuat sehari sebelum utk mengurangkan tempoh memasak pd hari kejadian. Pada hari rewang ini jg sama tarikhnya dengan kedatangan Tengku Mahkota Johor ke Tanjung Sedili.

Friday, November 25, 2011

Salam Perpisahan


Akhir tahun ini digemparkan dengan berita perpindahan dua orang guru pendidikan khas iaitu Pn. Norhaida Binti Md. Esa dan Pn. Siti Fatimah Binti Ratman. Pendidikan Khas telah kehilangan dua permata yang berpotensi untuk memajukan Pendidikan Khas SMKTSJA ke tahap yang lebih tinggi. Walaubagaimanapun kami warga Pendidikan Khas mengucapkan tahniah atas perpindahan mereka. Pn. Norhaida akan berpindah ke SMK Bukit Besar,Kuala Terengganu manakala Pn. Siti Fatimah pula di SMK Ayer Baloi, Pontian. Semoga kehadiran mereka di tempat baru akan bermakna.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Nanti kita jumpa lagi yeeeee....

Monday, April 18, 2011

Balapan Padang 2011

Berita Terkini

Pada tanggal 15 April 2011, salah seorang guru pendidikan khas telah dimasukkan ke Hospital kerana mengalami keracunan makanan. Sehingga hari ini beliau masih ditahan. Doakan beliau cepat sembuh dan boleh kembali ke Sekolah seperti biasa.

Friday, March 11, 2011

Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas 2011

Assalamualaikum...Sudah lama rasanya tidak update blog ini.Cerita terbaru Pendidikan Khas Kota Tinggi adalah mengenai aktiviti tahunan seperti biasa.Kejohanan olahraga tahun ini akan diadakan di Stadium Bandar Penawar pada 24 Mac 2011. seperti biasa acara yang dipertandingkan adalah mengikut kesesuaian kanak-kanak pendidikan khas. Cuma pada tahun ini acara bagi kategori kanak-kanak lewat perkembangan (kanak-kanak kerdil) tidak dipertandingkan.Minggu depan cuti sekolah bermula,para guru serta pelajar semua harap dapat memanfaatkan cuti masing-masing ye..