Friday, March 11, 2011

Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas 2011

Assalamualaikum...Sudah lama rasanya tidak update blog ini.Cerita terbaru Pendidikan Khas Kota Tinggi adalah mengenai aktiviti tahunan seperti biasa.Kejohanan olahraga tahun ini akan diadakan di Stadium Bandar Penawar pada 24 Mac 2011. seperti biasa acara yang dipertandingkan adalah mengikut kesesuaian kanak-kanak pendidikan khas. Cuma pada tahun ini acara bagi kategori kanak-kanak lewat perkembangan (kanak-kanak kerdil) tidak dipertandingkan.Minggu depan cuti sekolah bermula,para guru serta pelajar semua harap dapat memanfaatkan cuti masing-masing ye..

cursormania